Menemui kehidupan yang sukar..
Assalamualaikum..
Sebernanya dah lama aku nak menulis sebegini..Hari-hari aku fikirkan baris dan rangkap yang baru untuk dijadikan sebuah cerita..Tiba kini masa yang sesuai untuk aku..Guna bahasa antara aku dan kau lebih selesa bukan..Jika nak guna saya dan awak macam awkward je..
Jadi beginilah ia akan bermula..
Dalam kehidupan semua orang tahu yang pada usia remaja masalah, dugaan, cabara, musuh semua bertambah.. Tak pernah bagi kita masa untuk berehat walaupun seketika.. Dan ramai juga yang mengatakan bahawa apa yang dah dia rasa dia tidak akan temui lagi.. Mereka perlu sedar dan berfikir jika bukan hari ni mungkin esok atau lusa..
Isu macam ni bukannya libatkan aku sorang.. Memang aku ada masalah.. Banyak sangat sampai aku dah tak larat nak hadap.. Bila aku meluahkan bukan aku minta simpati tapi aku cuma tak nak pendam benda ni.. Semua orang tahu aku memang berdendam dengan ramai orang.. Jika kau di tempat aku pasti kau akan serik dan bunuh diri.. Aku cuma risau bila aku dah susah sekarang kemungkinan akan datang makin susah.. Cakap orang senang dahulu senang kemudian.. Susah aku nak percaya benda tu semua..
Baru-baru ni aku dapat dugaan yang paling keras pernah aku jumpa.. Seumur hidup aku aku tak pernah dapat cikgu sekejam tu.. Bukan sekali dia permainkan aku.. Dia juga perlekehkan aku.. Pada ujian penggal pertama aku dapat A untuk English.. Tapi bila aku nak mengabarkan berita gembira ni kat orang lalu cikgu itu berkata "habis dah bangga laa dapat markah tu?" aku hanya diam dan menyimpan dendam.. Dendam aku cuma nak buktikan yang aku mampu dapatkan A lagi pada ujian yang akan datang.. Perjuangan aku cuma sia-sia.. Dia telah merenyukkan secukupnya kertas aku.. Dengan alasan dia tak boleh nak baca langsung tulisan aku.. Aku tak tengok pun lagi kertasnya renyuk macam mana.. Tapi dia dah cerita kat semua budak kelas aku.. Yang buat aku sedih , dah la aku berusaha banyak nak dapatkan A cari orang sana sini belajar bercakap dan menulis esei tapi cuma 0 yg aku dpt.. Ada kawan pun tak guna bukan nak bagi semangat tapi tertawakan aku.. Hina sangat ke aku sampai kau nak renyuk dan bagi 0 terus.. Ini cerita pasal peperiksaan.. Yang ni lagi kejam.. Hampir 3minggu aku praktis main lagu untuk poem "are you still playing your flute" tu.. Di saksikan rakan kelas dan dia sendiri yang mengabarkan kelas 5 Katering akan buat persembahan sempena penutup minggu bahasa.. Pada hari penutup minggu bahasa tu aku datang sambil membawa gitar aku.. Hati aku tiba2 tergerak untuk bertanya sekali lagi pasal persembahan tu.. Dialog antara aku dan cikgu yang sama.. "Madam, persembahan kiterng yang keberapa?" "Bila masa saya suruh awak semua buat persembahan?" "Haritu madam yang kata n suruh kiterng praktis hari2" Sudah la dia datang dengan muka yg tak reti nak senyum lepastu jawab memang menyakitkan hati.. Depan kawan2 aku pula tu.. Hari2 aku bawak gitar sebab nak jayakan persembahan yang dia suruh.. Tapi aku yang ditipu.. Tak sangka sebernanya ada juga cikgu yang begitu..
Hidup sebagai seorang single bukan mudah.. Aku akui hidup single memang bosan kadangkala rasa seronok tapi rasa seronok tu tak sama seperti yang kita bergembira dengan pasangan hari2.. Begitu juga dengan keluarga.. Aku anggap dia part of family aku.. Tapi boleh buat aku dah tak mampu nak bahagiakan dia.. Nak salahkan dia je rasa kesian sebab aku rasa aku juga ada buat salah.. Semua perempuan aku layan sama.. Takde kurangnya pun.. Dalam banyak perempuan yang "melayan" dalam hati tetap yang satu.. Tapi tak sangka juga yang 2minggu lepastu dia terus dapat orang baru.. Dari situ aku dah dapat kenal pasti siapa dia yang sebenar.. Biarpun mulut dia berkata rindu atau sayang aku.. Aku tetap tak akan percaya.. Macam manalah 6bulan dapat gantikan dengan 2 minggu? Dalam cerita ni aku ada sorang kawan.. Nama sebenar aku tak boleh sebut takut mengaibkan.. Jadi kita panggil dia L je laa sempena nama lawan Kira dalam cerita deathnote.. L ade kekasih name dy N.. Hubungan diorang hampir 2 tahun.. Bila aku dengar L bercerita sepanjang hubungan diorang memang aku kagum.. Mereka dah bagaikan suami isteri.. Tapi mereka tahu jaga batas mereka.. Pada satu hari L dapat tahu yang N sering diganggu oleh J.. N selalu mengelak dari J.. Selepas tu cerita ni habis kat situ je bila N tidak menceritakan pada L.. Mungkin hari tu hari Isnin.. L cerita dekat aku yang N mengandung.. L sumpah tak mengusik N.. Bila ditanya anak dalam perut N itu anak J.. L yakin yang mereka tak pernah rapat sebab dulu N selalu mengelak dari J tak mungkin dengan tiba2 boleh mengandung.. Apa yang L rasa tu aku tak pasti laa tapi dia betul2 menangis.. L tak boleh nak buat apa2 dugaan yang dia dapat lagi besar dari aku.. Aku ikut jejak dia untuk terus maju..
Dalam hidup ni tak kiralah dugaan apa yang kita bakal tempuh percayalah ada yang lagi susah dari kita.. Biarpun mati mak atau orang tersayang.. Jangan sedih untuk bercerita dan minta kaunseling.. Kadangkala perlu juga menunjukkan kita lemah.. Biar apa orang nak kata.. Bila kau dah bangun dan kebetulan orang yang tertawakan kau tu dapat masalah sama macam kau.................
Membuat keputusan memang sukar bagi kami yang bakal menghabiskan sisa-sisa di alam persekolahan.. Tak kira keputusan apa pun.. Walaupun pasal teman hati, bidang pelajaran, kawan dan mungkin juga pen biru atau hitam.. Jangan takut nak pilih yakin diri sendiri biarpun keputusan itu salah kau akan akui kebenarannya tu nanti.. Bila kita berada di bawah pasti sukar untuk bergaul dengan orang atasan.. Aku dah rasakan ini sejak tahun lepas.. Dipinggirkan dan tak dilayan.. Bila aku dah bangun alhamdulillah aku berjaya buka mata diorang.. Terima kasih kepada takdir ini sebab bawa aku dan mengajar erti kehidupan.. Cuma aku masih tak faham erti persahabatan.. Di post2 yg sebelum ni pun aku ada cerita pasal ni.. Rasanya cukuplah semua yang aku dah ceritakan tu..
Ada satu sketsa yang aku cipta.. Ada 3 orang Z, Y dan V mereka bersaudara.. Z mengenalkan bekas kekasihnya K pada Y.. Pada waktu tu Y hanya begurau tentang tu.. Tak sangka pula dengan tiba2 Y boleh jatuh cinta pada K.. Mereka saling mengenali.. Pada satu hari Y terpaksa bertugas di luar negara.. Z juga telah mengenalkan K pada V.. V melayan K dengan baik.. Dan K telah menduakan Y.. Bila Y pulang dia dapat tahu yang K sedang bercinta dengan V.. Y kecewa sebab ada saudara yang sebegitu..Y kemudiannya membunuh diri.. Dan apa yang aku nak ceritakan kat sini.. Walaupun korang menganggap mereka baik.. Teruskanlah jika nak seperti dalam sketsa tu.. Tak salah nak cakap diorang baik tapi jangan sampai terkena..
Akhir kata semoga bertemu lagi di post yang akan datang cerita yang lebih membosankan..
Selamat Bercuti Semua :-)Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan