Kugiran Tentang Saya

Foto saya
Keindahan Semulajadi.. Bukan Nya.. Imaginasi.. Bukan Juga Mimpi..

Isnin, 20 Julai 2015

that girl

Hey Selamat Hari Raya kepada semua umat islam di dunia..

Soo here we go again post untuk hari raya wiiwoo emm ingat dah habis sekolah tak dapat duit raya tapi makin banyak pula dapat sebab alasan untuk study fuhhh terharu ace cam nak angeshh kuikuikui.. Raya kali ni kita pakai jubah laa kan sebab memang dah lama nak pakai jubah tapi disebabkan setiap tahun depa tentukan tema warna apa en soo aku tak dapat laa nak merialisasikan impian acewaaahh en.. Kali ni tema aku pilih warna cekelet soo semua kena ikut cakap yang berhormat akakaka tapi sayang seribu kali sayang pasai pa balik solat raya je depa semua da tukar t-shirt pasai pa kg cek panaih macam merlimau uihhhh gila pak dia..


Kali ni cerita acacah drama sikit novel sikit kira boleh laa eh tapi ni bukan rekaan trust me this is 200% my life story..

Kita bermula balik di mana semuanya bermula pada tahun 2008, tarikh serious tak ingat.. Pada masa tu aku sekeluarga pergi melancong ke negeri Sarawak. Aku menginap di rumah saudara kepada saudara aku yang menetap di sana. Hari pertama berjalan dengan baik dan ketika itu hanya ada yang si kecil jadi aku beri nama L. Ohh yea terlupa saudara kepada saudara aku itu ada 3 anak perempuan jadi nama semua aku rahsiakan atas sebab2 tertentu. Pada hari kedua aku dipandangkan(hentamje) sesorang yang diberi nama D, sejak itu aku dah mula rasa suka pandangan pertama. Soo lepas balik dari sarawak aku mula pencarian aku menggunakan myspace yang dulu nya hebat ber-chatting tp kini tidak lagi. Aku jumpa dan aku sangat terpegun dengan dia serious wehh dia tak ada laa cantik mana tapi aku pandang dia tak jemu malah aku berdebar setiap kali nampak dia tak macam perempuan lain yang aku kenal. Aku pun mula ajak borak laa pe lagey en dan 2 tahun pun berlalu sebab tu aku sangat rindu nak pulang 2010. Aku dan dia semakin rapat tapi tak lama sebab apa aku tak pasti dia tiba2 menghilang. Atau mungkin aku yang salah itu aku tak pasti. Masatu nenek dia meninggal, aku sanggup dari johor datang nak jumpa dia plus banyak benda juga jadi tapi kotak memori aku tak kuat.. Tak semua aku masukkan sebenarnya banyak cut scene ni adeyai malu nak cerita.. Lepas dia menghilang aku berusaha setiap tahun raya aku cuba balik negeri sembilan secepat mungkin sebab nak jumpa dia.. Setiap tahun aku tak kira apa nak jadi aku mesti nak balik PD sbb nak jumpa dia antara usaha yang aku mampu selain nak buat dia suka aku tu mmg aku tak mampu laa aku ni apa laa sangat em menang dengan kata2 jelaa.. Soo tahun lepas aku terlepas peluang nak jumpa dia tapi aku sempat sampai ke pd cuma dia ada urusan lain.. Dan pada tahun ni aku sebenarnya agak cemburu bila tgk IG dia aku ingat dia dah ada bf, aku da koyak habis duh serious tapi aku silap serious silap.. Tahun ni aku dapat jumpa dia lagi rasa macam mimpi bila dia tegur aku tu rasa aih lemau nya laa aku dengan orang lain aku tak lemau macam ni kemain berani ajak borak tapi dengan dia aku memang kalah senyum dia je da buat aku diam.. angau duh kau ni tapi memang kalau orang tanya siapa kat hati aku memang dia laa orang nya selain umi ayah n haziq n semua family aku em dia laa perempuan aku suka sejak aku darjah 6 sekarang aku dah 19 tahun.. lagi 2 tahun genaplah 10 tahun aku suka.. Aku sure dia tak tahu tapi kalau dia tahu aku bersyukur kepada allah yang makbulkan dia aku.. 


Damn post kali ni macam tak jadi mood nak tulis kacau sbb ada orang datang raya ni aihhh..