Kugiran Tentang Saya

Foto saya
Keindahan Semulajadi.. Bukan Nya.. Imaginasi.. Bukan Juga Mimpi..

Jumaat, 7 Disember 2012

Di kaburi oleh helah dan muslihat

Assalamualaikum....

Tanpa berkata2 aku terus kepada tajuk utama..
Tiada lagi pendahuluan yang membosankan yang semua orang tahu itu semua tipu helah..
Tulis saja "yeahhh" tapi dalam hati siapa tahu kecuali tuan punya blog..

Kegembiraan.. Apa benda tu..
Ramai yang tahu.. Tapi ramaikah yang membuktikan?
Tidak semua.. Hanya sementara yang mampu aku kata kan.. Kesimpulannya, yea aku sendiri tidak tahu nak buktikan itu.. Haa, terlalu banyak ragam yang aku dah jumpa.. Setiap hari aku memerhatikan sekeliling.. Dan apa yang aku jumpa hanyalah benda biasa yang selalu kita nampak..

Kebebasan.. Mahu ke kita di kongkong selamanya?
Pastinya tidak.. Tidak bagi mereka yang suka mempersiakan usia remajanya dengan dunia.. Di kotaraya aku lihat mereka berpakaian berbagai.. Memang sedap mata memandang jika nak di bandingkan gadis di kampung.. Aku akui mereka tidak mampu.. Paling canggih cuma baju kurung hari raya.. Tapi tidak pada zaman sekarang.. Mereka lebih berani mencuba dari orang2 yang berada di kotaraya.. Tetapi, tindakan mereka salah.. Berani kerana benar sudah cukup bagus.. Hakikatnya, ramai gadis kampung sekarang bunting anak luar nikah.. Itu kah yang nak di banggakan dengan gadis bertudung? Sekurang2nya gadis di kotaraya tahu batas dalam pergaulan.. Aku sampaikan ini sebab aku teringat kata2 rakan kelas aku.. Bella.. Dia yang mengongsikan benda ini.. Dan aku akui semua ini benar.. Full stop.

Menulis bagai orang yang tiada perasaan itu bukan sifat aku.. Aku hanya mengikut apa yang hati aku katakan.. Jika orang cakap "ikut hati mati", "ikut rasa binasa".. Jadi ikut otak apa pula? Aku dengan tidak sengaja terbaca sign board yg ade kat highway lame ni.. Kata2 mereka banyak yang berguna.. Cuma kita mahu atau tidak sahaja..

Hati ceria bagai taman bunga2?
Sumpah itu tidak benar.. Kau boleh nampak ke hati kau tumbuh pokok bunga? Kalau yea aku ucapkan takziah laa.. Kerana tak lama lagi kau pasti aku meninggalkan kami semua.. Di dalam novel yang aku baca "Biar Kusentuh Hatimu".. Cerita ini mengisahkan 3 orang.. Naa, i mean 4.. Amir Firdaus, Alisa Nurfarahan, Faizal dan Diana.. Amir dan Alisa adalah pasangan kekasih di universiti dulu.. Amir terpakse tinggalkan Alisa sebab dia hendak ke luar negara untuk menyambung pelajaran.. Tapi, tiada berita pasal Amir pada Alisa n Alisa pasal Amir.. Mereka berdua sedih sebab hubungan mereka terbiar begitu sahaja.. Diana suke kan Amir sejak di Uni lagi.. Dan Alisa tahu itu.. Amir hanya anggap Diana kawan baik.. Faizal pula rakan Amir semasa di luar negara.. Bila Faizal balik ke Malaysia.. Faizal bekerja dengan sharikat Alisa bekerja.. Faizal jatuh cinta pada Alisa.. Beberapa tahun lepas itu.. Amir pulang ke Malaysia dan bekerja di Mega Tech di mana Faizal dan Alisa bekerja.. Amir dapat bekerja di Malaysia selepas sahaja dia terpakse bertunang dengan Diana.. Alisa masih menyimpan cinta terhadap Amir.. Dan Amir pula cemburu dengan Faizal sebab terlalu rapat dengan Alisa.. Faizal sering menceritakan tentang Alisa pada Amir.. Pada satu hari, Diana di dapati mengandung anak luar nikah dgn lelaki lain.. Amir putuskan pertunangan dan terus mencari Alisa.. Selapas itu......................................... Emm, kalau nak tahu bacalah sendiri kisahnya.. Tak la sedih mana.. Cuma aku banyak sebak dalam novel ni.. Yealaa dah hero nama aku.. Then heroin hampir nama couple aku.. Mana tak jelez lain macam kan..




Hmmmmmm, okey laaa.. Sampai sini je cerita aku..
Harap korang paham.. Anytypo please forget about it..
Aku malas nak baca balik apa yang aku dah tulis..


Sekian,

Selasa, 4 Disember 2012

Tahta Kita Bukan Kau Tapi Aku..

Ini bukan mengisahkan sesiapa pun..
Ini cuma rekaan mimpi dan imaginasi aku..
Dalam kehidupan ini mungkin tidak ada kebaikkan..
Tetapi ada kebaikkan dalam kehidupan..

Minat dalam sesuatu perkara tanpa menyebut itu di kira peribadi..
Jika kita dah luahkan pada semua orang itu di kira obses..
Dan lama kelamaan ia akan menjadi sesuatu perkara yang membosankan..
Dalam kisah aku.. Aku sudah bosan dengan sukan Bowling.. 
Terlalu riak dengan kemenangan aku membebaskan mulut yang berkata2..
Dari situ aku belajar untuk berdiam diri.. Tapi bukan untuk selamanya hanya untuk seketika..

Hitam Putih atau dulu aku gelar kau Pelangi Putih.. Nama kau yang sebenar Diana Ezairy..
Aku bukan sombong dengan kau.. Cuma aku tanak kau ingat aku.. Itu sahaja.. Kau ada cita2 dan mampu pergi jauh.. Tapi aku tak ada apa2.. Aku hanya mampu buat apa yang aku tahu.. Kelebihan aku hanya pada satu perkara.. Aku menghubungi kau untuk menanyakan khabar.. Selama kita kenal.. Aku nak tahu juga.. Apa anggapan kau terhadap aku.. Aku yakin yang kau masih mempunyai kekasih.. Kalau tidak dah pasti kau membuang gambarnya di blog kau.. Di sebabkan itu aku pergi jauh.. Aku tanak ada apa2 perasaan dekat kau.. Dan aku berjaya.. Dengan jumpanya Nurfarhana Natasya..

Hidup tanpa wang memang membosankan.. Hanya mampu duduk diam dan berdiri tegak.. Di temankan bulan dan bintang mungkin pada itu ada tahi bintang yang melintas.. Tak mungkin tak terlintas di fikiran yang kita akan berdoa supaya rezki kita di tambahkan.. Hahaha.. Kelakar bukan.. Orang kalau nak berjaya mesti kena ada usaha juga.. Ingat duit akan turun dari langit ke.. Heyyyy..

Bila berfantasy bergini.. Kenapa kau sering bermain di fikiran aku.. Aku dah buang kau jauh dari hidup aku.. Dan dah pasti aku tidak akan jumpa kau lepas ini.. Tipu laa kalau aku tak rindu.. Kau yang paling lama buat aku hanyut.. Tapi tak mengapa ini semua pengajaran supaya aku tidak akan tertipu lagi.. Kau memang lain dari lain.. Aku akui yang kau memang yang terbaik.. Walaupun Fanata tidak ada apa yang kau ada.. Tapi aku tetap akan cuba bukti kan yang dia juga ada.. 

Aku cuba yang terbaik untuk buat keluarga aku bahagia.. Biarpun harta aku di korbankan.. Asalkan mereka bahagia.. Tapi kadang2 itu semua benda yang sia2.. Sebernanya sikit pun aku tak menyesal.. Satu hari nanti mereka pasti datang cari aku.. Pada masa itu mereka akan rasa apa yang sudah rasa.. Bukan apa.. Terus terang aku cakap.. Aku ini suke menyimpan dendam.. Tapi dendam aku kat sarah aku tak balas pun.. Sebab aku terlalu sayangkan dia pada masa tu.. Dan kalau korang tanya kenape tak reply sekarang.. Sebab aku takda sebab nak buat dia sakit.. Nampak sangat aku ni.............. Hmmmmm.. Dah laaa better aku lupakan pasal dia.. 

Deathcore kau memang selalu temankan aku.. Tak kiralah bila aku sedih atau gembira.. Terima kasih Angah sebab kenalkan aku dengan Band Core.. 



Alhamdulillah... Nurfarhana Natasya.. I Love You Sayang :')

Assalamualaikum~~~