-.>BerSeRoNok SeTiaP HaRi<.-
SuSah SeNanG , SeDih KeCeWa , MeRaNa MaCam MaNa PuN.. KAMI TeTaP AkaN BerGemBiRa :)
Kugiran Tentang Saya
- Amir Shahmi II
- Keindahan Semulajadi.. Bukan Nya.. Imaginasi.. Bukan Juga Mimpi..
Khamis, 1 Disember 2016
tunggu jemput
Baru semalam aku rindu, sampai bawa ke mimpi. Cepat habis semua ni, aku nak pergi jauh dari sini. Tak ada kena mengena dengan kau lagi. Cuma takdir je mungkin tentukan. Bahagia laa dengan orang lain, memang aku kejam sebab aku pentingkan diri sendiri. Aku kejar cita cita, tak pernah pun abaikan kau.
Rindu II
Sedar tak sedar, aku dah pun semester yang terakhir untuk diploma ni. Banyak betul aku buang masa dengan mengetepikan pelajaran. Harini juga genap 2 tahun aku buat janji tu dengan nama kau. 2 tahun lepas aku ada senaraikan 10 kehendak aku pada masa akan datang. Percaya ke tak, da 3/10 aku da capai. Cuma kau je yang tak perasan usaha aku. Ye memang aku jauh dari kau, tapi kau patut percayakan aku. Untuk apa usaha aku selama ni kalau kau cuma nak aku berjaya tanpa kau dalam hidup aku.
Sabtu, 26 Disember 2015
niat bertemu kau
Dah penat bila mimpi kau hadir, tapi bila aku berdepan kau kata cuma aku seorang.. Kau kata ego kami melangit tapi bagi aku, aku buang semua ego ku malah kau tuduh lagi aku pula yang tidak yakin pada diri sendiri.. Salah kau buat aku rindu..
Jumaat, 25 Disember 2015
Suffocate
Dah hilang, samar-samar.. Dulu kau yakin ada orang tengah jatuhkan kau.. Kau betul, tapi kau bangun, kau tak ada peluang nak balas dendam, kau redha, kau bla.. Lepastu hari pun berlalu dengan tenang, kau malang sebab lepas kau jatuh kau masih nak berkawan dengan mereka, kau tak ada peluang lain, kau terpaksa, kau malang.. Mungkin dalam dunia cuma kau sorang, kau betul, kau malang..
Damn.
Khamis, 24 Disember 2015
lelaki
Kepada yang bernama perempuan, pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Bagi peluang dia juga hirup udara kau hirup setiap hari, dia memegang payung walaupun bukan hujan.. Pernah tak kau perasan lelaki itu suka kamu? Pernah tak kau perasan lelaki itu suka kamu? Pernah tak kah perasan lelaki itu suka kamu? Setiap hari sejak pertama kali dia melihat kamu dia mula sukakan kamu dan dia menunggumu.. Hari2 dia cuba curi perhatian kamu, dia bodohkan diri sendiri, tapi kamu suka orang lain.. Dia bersendirian di tepi tasik itu masih memegang payung..
Pada satu hari, kamu mula memberi peluang.. Dia teruja, dia berjanji membahagiakan kamu..
Sebulan berlalu, kau tipu dia.. Sebenarnya kau hanya mahukan kawan baiknya.. Kau tinggalkan dia, hampir gila.. Tapi dia menerima sandiwara kamu, memang pun dia cuma berjanji membahgiakan kamu tetapi tidak bersama kamu setiap masa.. Akhirnya dia berlalu pergi dan masih memegang payung..
Esoknya hari bermula seperti sedia kala di mana dia bersendirian di tepi tasik.. Kamu pun lalu di tasik itu tanpa berteman.. Dia berdiri dan senyum kepada kamu..
Kepada yang bernama perempuan, pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Pernah tak kau perasan lelaki itu memandang kamu? Dia menuju ke arah kamu lalu satu dakapan diberi kepada kamu sambil berkata terima kasih.. Satu tusukkan pisau hinggap diperut kecilmu.. Dia tidak lagi senyum, dia berkata kamu tidak patut hidup, begitu juga aku yang tidak punya apa lagi, sahabat aku semua sudah kepadamu.. satu tusukkan hinggap ke perut dia..
-tamat-
other path
Sikit banyak aku dah tengok gelapnya dunia, gelapnya awan macam hari2 kau malam, tapi aku tahu tu semua perasaan yang tersepit, jiwa yang tak bebas bukan alasan yang biar mulut kata terkurung. Tak salah bagi kau cuba, tapi ingatlah tak seronok pun pilih jalan gelap berbanding jalan terang yang kau kata lagi banyak jenayah.. Jenayah terang tersorok jadi kalau kau tak terlibat buat apa kau nak mengeluh? Jenayah gelap depan mata kau boleh nampak tapi tanpa selindung itu ke kau mahu lihat manusia menghukum sama mereka? Kau bodoh, aku juga bodoh dulu tapi aku biar kau rasa gelap dunia dulu sebelum kau mengeluh kejar apa itu impian dan cita2 hidup.. Memang seronok sikit banyak kau kena rasa gelap dunia, aku tinggalkan kau biar kau terperangkap dengan dunia kau sendiri..
Langgan:
Catatan (Atom)